Novel-novel Ramlah Rashid

Wednesday, March 29, 2006

Tak Kuduga

Hari ini sy masih bercakap berkenaan novel terbaru saya, TAK KUDUGA. Tanpa saya ketahui sudah ramai rupanya yang memiliki novel ini dan pelbagai maklumbalas yang saya terima. Terima kasih pada semua. Komen2 membina dari para pembaca dan kawan2 yang prihatin, saya jadikan penggiat dan pendorong karya seni saya.

Di antara komen pertama mereka :
1) Kenapalah judul novel kak ila begitu simple? Tak menarik langsung.

Jawapan saya : Tapi cerita menarik kan?

Kata mereka : Menarik, best sangat, ada nilai seni yang tinggi, mendidik dan tragis.

Jawapan saya : Itu sudah cukup. Apa ada pada judul?

Kata mereka lagi : Judul itu perlu untuk manarik pembaca. Mujur saya memang menunggu2 kemunculan novel terbaru kak ila, kalau bukan kerana saya mengenali kak ila dari novel pertama dan ke dua, mungkin saya tidak akan membelinya.

Aduh. Sedih sekali. Terkedu saya mendengarnya. Tapi walaubagaimanapun, di lain kali saya akan lebih berhati2 meletak judul. Itu juga yang saya katakan pada mereka.

Sunday, March 26, 2006

Novel Tak Kuduga

Novel TAK KUDUGA mengisahkan seorang remaja perempuan lewat belasan tahun melarikan diri dari kampung, Siti Atilia Husna menolak dikahwinkan dengan abang sepupunya. Walau telah dibantah kemahuan orang tuanya tetapi kuasa pemutus di tangan mereka.

Di K.L Siti Atilia terpedaya dengan seorang wanita yang mengaku mahu membantunya tetapi rupa-rupanya dia mahu diperdagangkan menjadi pelacur yg dijual ke luar negara. Siti Atilia nekat melarikan diri sekali lagi. Dalam pelariannya beliau ketemu lelaki yg mengaku mahu membantunya. Siti Atilia diletakkan di sebuah kondominium mewah. Dia tertanya-tanya statusnya di situ, perempuan simpanan atau anak simpanan. Yang pasti, dia harus menjaga maruah dan harga diri.

Setelah segalanya jernih, jenayah pemerdagangan manusia yang memerangkapnya terhapus dengan bantuan Dato' Firzat, Siti Atilia kini bebas menjadi penghidupan. Dia perlu berkerja untuk menyara kehidupan, tapi sukarnya hidup tanpa sesiapa di bandar besar. Dia kembali memerlukan bantuan Dato' Firzat. Terus tinggal di kondo kosong saya, berkerja dengan saya, itu cadangan Dato' Firzat. Terpaksa dia angguk setuju.

Kembali terfikir dia, aku simpanan Dato'? atau anak angkat Dato'? Kalau simpanan, mengapa aku dibiar tanpa diperlakukan selayaknya simpanan. Jika anak, mengapa aku tidak diperkenalkan dengan ahli keluarganya. Ah, peduli semua itu, yang penting, jaga diri, jaga maruah. Tinggal di kondo mewah tetapi aku cuma mengguna 1 bilik. Jadi bayar saja sewa 1 bilik itu.

Bayaran sewa pertamanya mengundang tawa besar Dato' Firzat. "Simpan saja 150 awak itu untuk beli jajan."  
Siti Atilia rasa terhina. 150 nya dianggap kuaci? "Hei Dato', saya tau Dato' kaya, tapi jangan hina wang 150 saya. Ini hasil titik peluh saya berkerja yang halal!".

"Saya tidak menghina 150 awak, tapi saya belum perlukan wang sewaan kondo saya. Nanti kalau saya perlukannya, saya mintak."

Hah! Ego benar si tua ni...

Dugaan demi dugaan lagi dan lagi. memang sukar sendirian di kota besar tetapi Siti Atilia harus pergi, gelaran pelacur dan simpanan hanya menyakitkan roh ibu dan ayahnya.  Dia harus lari lagi, demi maruah dan harga diri.  

Apa berlaku pada Dato' Firzat dan siapa Farami? jom baca novel TAK KUDUGA.  Terbitan BUKU PRIMA. Penulis menyudahkan dengan senyum puas....

Novel Tak Kuduga

Novel ke 3 saya sudah terbit. Judulnya (TAK KUDUGA). Semalam saya buat julung kalinya melihat novel itu. Ianya dipamerkan di rak buku BUKU PRIMA di gerai 2165, di dalam lot Karang Kraf. Ianya dijual dengan harga 18.90. Kira okeylah mampu dibeli pembaca. Ketebalannya 492 m/s.

Apa yang membuat saya bersara ralat & kurang berpuas hati ialah judulnya yang ditukar penerbit. Judul asalnya yang saya beri ialah MENGGAPAI GAPURA KASIH. Maksudnya : CUBA MENCAPAI GERBANG KASIH YANG TINGGI DAN SUKAR. Rasanya judul itu cukup sesuai dengan tema cerita, tapi entahlah. Saya belum lagi menerima sebarang alasan dari pihak editor yang menerbitkan novel saya.

Jika sekiranya editor berunding dgn saya terlebih dahulu dan minta saya menukar judul, mungkin dgn alasan judul itu panjang atau kurang sesuai kerana sukar difahami, saya mungkin akan memikirkan satu judul lain. DESTINASI CINTA atau DESTINASIKU mungkin? Rasanya itu lebih hebat dan lebih menarik serta ada makna yang tersirat dan cukup dalam maksudnya.

Tapi saya terpaksa menerima penukaran ini dengan hati terbuka meski sedikit pahit. Editor dan penerbit labih arif dan lebih berpengalaman. Terima kasih pada semua.

Saturday, March 25, 2006

Blog kecil

Sebenarnya kemunculan blog kecil di dalam blog Ramlah Rashid ini adalah untuk bercerita berkenaan penulisan novel saya. Saya rasa lebih mudah begini daripada mencampurkan kesemua menu di dalam satu pinggan.

Bagi penggemar novel saya dan ingin hanya mengetahui berkejaan hasil karya saya, bolehlah meninjau ke sini. Saya akan memperturunkan beberapa maklumat berkenaannya di sini. InsyaAllah....