KARYA SAYA JIWA SAYA…
MENGAPA, SIAPA DAN KENALI SEMUA....
Assalamualaikum kepada diri saya sendiri juga pelayar-pelayar yang tersinggah. Sudah lama benar blog
ini terbiar tanpa ditambah menu dan perhiasan kan? Pun begitu, saya masih menjengah dan menjaganya sesekali meski tidak
membuat penambah baikan. Sejak kesibukan semasa dan laman face book semakin berleluasa, ramai
sudah melupai blog. Dulu sejak blog Ramlah Rashid ini
dibangunkan sekitar 2003, ramai kenalan saya di sini, sudah pernah bertemu friends
bloggers juga. Alhamdulillah, blog sangat menyeronokkan. Masa berlalu, blog kian tersisih.
Dan kini face book semakin tidak
memberi kepuasan, selain catatan-catatan yang singkat kerana tahap pembacaan
yang singkat, face book juga pantas membawa pergi catatan terdahulu berbanding
blog. Oleh itu, saya kembali mengamarahkan pepintu kediaman ini, untuk diri
sendiri dan rakan-rakan yang sudi menyambut salam. Jom kita kembali bercoret
dari blog ke blog.
Hah, itu hanyalah mukadimah untuk
diri sendiri. Isu pertama untuk dimomenkan di sini adalah judul karya terbaru
saya yang terbit July 2013 iaitu SAKITNYA CINTA. Ramai bertanyakan mengapa
judulnya begitu?
Baiklah, sebelum pergi terlalu jauh,
baik juga saya ingatkan diri saya sendiri nama-nama baby yang pernah
memeriahkan industry sejak awalan kemunculan saya hingga sekarang. 2005
(MENJEJAK PELANGI JINGGA & MEMORI RINDU), diikuti 2006 (TAK KUDUGA & KABUS
SENJA), 2007 (SARA KIRANA & JERIJI KASIH), 2008 (QASEH QAISY & USANG),
2009 (AKU CINTA KYRA), 2010 (SEHARUM CINTA LESTARY & KEMBOJA DI HATI), 2011
(LARA DI JIWA AJYM), 2012 (BIARKAN INDAH BERLALU) & si bongsu keladi saya
2013 (SAKITNYA CINTA).
Hemm, betul juga. Agak berlainan
benar judul pada kali ini….
Bersambung
rr/17.7.13/rb
0 Comments:
Post a Comment
<< Home