Novel-novel Ramlah Rashid

Thursday, July 18, 2013

…sambungan >>> Assalamualaikum, sebagai menepati janji, malam ini saya sambung pengkesahan semalam – KARYA SAYA JIWA SAYA (Mengapa, siapa & kenali semua…) Baiklah, soalan yang menghujani saya sejak terbitnya karya terbaru – novel ke 14 saya (SAKITNYA CINTA) ialah, ‘MENGAPA BERLAINAN BENAR JUDUL KARYA RR YANG INI? Saya : ‘Mengapa?’ Penyanya : saya sudah mengikuti karya RR sejak yang pertama hingga ke 14 ini, kedengarannya seakan berlainan benar. Sakitnya Cinta lebih kepada keremajaan, cinta yang agak geli-geli gedik. Apakah kali ini RR memfokuskan kepada cinta remaja seluruhnya? Saya ahaqs. Kalau berhadapan, pasti Nampak rona wajah saya yang merah. Malu… hehe mujur hanya inbox di fb. Tetapi saya jawabnya begini : Saya : judul asal karya saya ialah BAKAWALI KRISTAL. Ia ditukar kepada Sakitnya Cinta oleh menerbit. Penerbit mahukan judul yang telus, bombastic juga mungkin. Bukan metafora. Katanya, pembaca remaja lebih gemarkannya. Agak bertepatan juga dengan alkisah karya tersebut di mana kesakitan momen silap watak utama – Neor (Meor Rezamudin), membuatnya bangkit membina cerita masa hadapan. Dengan sakitnya cinta semalam, tidak langsung mematahkan semangat untuk menjejak kejayaan dalam kerjaya. Itulah kisah Neor (Rezamudin), Ezeti (Kristal), Ira (mu) dan Fifei (Bakawali). Synopsis cerita? Bersambung… rr/18.7.13/k



Wednesday, July 17, 2013

KARYA SAYA JIWA SAYA…


MENGAPA, SIAPA DAN KENALI SEMUA....

Assalamualaikum kepada diri saya sendiri juga pelayar-pelayar yang tersinggah. Sudah lama benar blog ini terbiar tanpa ditambah menu dan perhiasan kan? Pun begitu, saya masih menjengah dan menjaganya sesekali meski tidak membuat penambah baikan. Sejak kesibukan semasa dan laman face book semakin berleluasa, ramai sudah melupai blog. Dulu sejak  blog Ramlah Rashid ini dibangunkan sekitar 2003, ramai kenalan saya di sini, sudah pernah bertemu friends bloggers juga. Alhamdulillah, blog sangat menyeronokkan. Masa berlalu, blog kian tersisih. 

Dan kini face book semakin tidak memberi kepuasan, selain catatan-catatan yang singkat kerana tahap pembacaan yang singkat, face book juga pantas membawa pergi catatan terdahulu berbanding blog. Oleh itu, saya kembali mengamarahkan pepintu kediaman ini, untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang sudi menyambut salam. Jom kita kembali bercoret dari blog ke blog.

Hah, itu hanyalah mukadimah untuk diri sendiri. Isu pertama untuk dimomenkan di sini adalah judul karya terbaru saya yang terbit July 2013 iaitu SAKITNYA CINTA. Ramai bertanyakan mengapa judulnya begitu? 

Baiklah, sebelum pergi terlalu jauh, baik juga saya ingatkan diri saya sendiri nama-nama baby yang pernah memeriahkan industry sejak awalan kemunculan saya hingga sekarang. 2005 (MENJEJAK PELANGI JINGGA & MEMORI RINDU), diikuti 2006 (TAK KUDUGA & KABUS SENJA), 2007 (SARA KIRANA & JERIJI KASIH), 2008 (QASEH QAISY & USANG), 2009 (AKU CINTA KYRA), 2010 (SEHARUM CINTA LESTARY & KEMBOJA DI HATI), 2011 (LARA DI JIWA AJYM), 2012 (BIARKAN INDAH BERLALU) & si bongsu keladi saya 2013 (SAKITNYA CINTA).

Hemm, betul juga. Agak berlainan benar judul pada kali ini….

Bersambung
rr/17.7.13/rb

Wednesday, December 26, 2007

Novel TAK KUDUGA

Sudah 2 tahun novel TAK KUDUGA menemui pembaca dan peminat novel khasnya. Namun saya masih menerima komen2 dari pembaca. Di antara komen mereka :

1- KENAPA TAJUKNYA SIMPLE SANGAT? SEDANGKAN NOVEL2 SAYA YANG LAIN SEDIKIT BERBUNGA DAN ADA YANG MENGGUNAKAN NAMA WATAK DI DALAM NOVEL.

- Jawab saya mudah je... TAJUK TU, DIBERI OLEH EDITOR. TAJUK ASALNYA : MENGGAPAI GAPURA KASIH. MENURUT EDITOR, TAJUK YANG SAYA BERI AGAK SUKAR DIINGAT DAN DIFAHAMI.

2- KENAPA ENDINGNYA BEGITU?

- Saya tersenyum mendengarnya. (Sebenarnya sudah sering saya dimarah begitu). Saya bertanya semula, bagaimana sepatutnya?

Pembaca membuat imaginasi sendiri, kata mereka ; DATUK FIRZAT TAK BAHAGIA DENGAN ISTERINYA DAN HARAPAN UNTUK PUNYA ANAK SENDIRI LANGSUNG TIDAK ADA. KAN BAIK KALAU SITI ATILIA HUSNA MEMILIH MENGAHWINI DATUK DARI MENERIMA LAMARAN NIK NORMAN FARAMI? KESIAN DATUK.

Cara mereka memberi alasan itu sedikit menyedihkan saya. Seakan mereka cukup mengenali Datuk Firzat.

Apa yang boleh saya katakan? Selain dari tersenyum sumbing dan mengeluh di dalam hati. Kesal? tidak. Turut bersedih? juga tidak. Cuma sedikit terkilan kerana menghampakan peminat novel saya. Tapi apa boleh buat, saya sudah membuat keputusan begitu. Cuma apa yang dapat saya katakan : saya memberi sepenuh hak kepada pembaca untuk membuat ending sendiri di dalam hati masing2. Dan, jika mereka masih mahu saya yang yang menjodohkan 2 watak itu, saya mungkin akan menyambungnya nanti. InsyaAlah....

Friday, December 21, 2007

SINOPSIS NOVEL QASEH, QAISY


Membencimu satu kepastian,
kata ibu benci-membenci tiada akhirnya
dan Allah murka sikap hamba-Nya itu
kucuba menyisihnya, bukan untukmu tapi demi ibu

Aku berjaya jua.
Malang, kau pula mengajarku erti rindu
Kutebas, kuramas cintamu
Namun bagai mencantas dahan yang subur
Semakin dicantas, semakin pula tumbuh tunasnya
Cuba kuajar kembali, hati agar membenci
Malangnya aku menjadi insan pemaaf
Tidak reti berdendam lagi
Yang petah hanya menyebut kasih, sayang dan cinta
Aku marah hatiku yang tewas, yang lemah pada kasihmu

Aku kian nanar
Tembok kebencian gagal kutegakkan
Aku tewas, mungkin jodoh milik kita
Namun... kata cinta marak panas, ibu keras!
Kata ibu, darjat dan keturunan jurang yang dalam
Aku kan lemas dibawa arus perbezaan
Tapi katamu, persetan tanggapan itu,
kepercayaan lapuk lagi kuno.
Kau bantu aku menimbus jurang itu
Kau ajarku mudik, berenang
dan percaya ketentuan-Nya
Katamu juga, aku dilahirkan untukmu
dan engkau didewasakan untukku

Kupasrah akhirnya
Namun sedang kualpa pujuk dan rayumu
senda dan guraumu, ajaran dan nasihatmu
aku tenggelam jua
engkau turut lemas dek permainan golonganmu

Mampukah kita Tengku? Bisikku selalu
Engkau hanya mengangguk pasti.

Monday, December 03, 2007

KABUS SENJA LAGI

Norain teringin benar bahagia bersama sebuah keluarga yang lengkap. Yang mana di dalamnya, ada ayah, ibu, abang juga kakak. kalau boleh datuk dan nenek juga. Dalam impiannya, dia disayangi dan menyayangi seperti wanita lain. Tidak sepi seperti yang dilaluinya selama waktu meniti alam kanak2 dan remaja. Oleh itu, dia tidak kesal mengorbankan cintanya pada Syafik demi Farisya. Di sisi Cikgu Nawawi, dia berusaha memadam nostalgia silam. Konon bahagia tetapi tidak siapa tahu, hatinya sentiasa dilukai. Lagi dan lagi. Suami yang diharapkan menjadi tempat berpaut dan berlindung, akhirnya merupakan kawah berapi. Membakar penghidupannya.

Syafik muncul sewaktu dia perlukan dahan yang baru selepas rumah tangganya dilanda badai. Namun bayangan Cikgu Nawawi dan Farisha sentiasa menemaninya, menjadi bebayang yang melukakan. Norain pasrah. Andainya dibuang, ralalah dia. Namun dia tidak rela bergelar ibu tungga seperti arwah ibunya. Dia tidak bersedia memberitahu anaknya, di mana ayahnya dan kenapa dia ditinggalkan? Pun begitu, Norain juga tidak sanggup membiar maruah orang tuanya diinjak2 sedang jasat ke duanya sudah lama dimamah bumi. Kenangan silam yang amat pedih biar dia sendiri mengkuburkannya, tidak sanggup ada yang menggalinya semula. Hidup bergelar anak penagih dan mengedar dadah, terlalu pahit untuk ditelan. Demi melupakannya, bukan sesuatu yang mudah. Kerana itu, apabila suami sendiri meragui kisah silamnya, dia amat terluka. Terluka sangat2.........

Thursday, October 04, 2007

SINOPSIS NOVEL KABUS SENJA


Dunia ini terlalu banyak liku dan cabarannya. Aku pernah cuba menafikannya. Bagiku di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kucuba menggumpal kenangan silam, agar tidak terbongkar, tidak berserakan lalu melukakan. Namun benarlah kata orang, yang pahit itu sukar benar untuk ditelan dan sering diintai bukan sahaja musuh yang tampak malah keluarga juga. Sehingga di sana sini orang memperkatakan asal keturunanku. Aku jadi marah, jadi benci, tapi siapalah aku.

Aku tewas lagi antara budi dan jasa, kasih dan cinta serta sayang dan persahabatan. Kucuba berlaku adil, namun aku jua yang kandas, terkorban tragis. Abang, Farisya. Kalian nadi hidupku. Tanpa keduanya, Norain yang ini sudah lama berkubur sepi.

Tapi Syafiq? Tanpamu jua hidupku tidak begini. Pasti terus sepi, terpinggir dan tersingkir. Aku cinta kamu, tapi Farisya lebih berhak. Demi sayangku padanya, aku rela meminggir. Biar hancur jasat ini, demi untuk bertarung mendapatkanmu tidak sama sekali. Kata ibu, hidup ini tidak boleh terlalu berkira. Sesekali, perngorbanan akan menitipkan manis dalam kehidupan. Meskiku tahu engkau sendiri nanar, tidak mungkin engkau berdaya mengkuburkan cinta kita. Tapi percayalah Fiq, aku juga sepertimu. Sakit... pedih.... Tapi aku terpaksa berlaku kejam.

Abang, akan kucuba mengajar hati ini mencintaimu, demi menjauhi Syafiq. Aku tahu semua ini tidak adil bagimu, tapi aku tidak berdaya. Kananku gelap, kiriku berbanat. Di hadapanku pula jalan mati. Mengharung kesemuanya hanya akan melukai lebih banyak jiwa. Aku mungkin akan bahagia, tapi apa guna kebahagiaan jika Farisya berlumuran kekecewaan? Farisya adalah kawah budi bagiku. Aku terpaksa bang, aku dipaksa. Tolong sayangiku seadanya, usah ditanya memori silamku. Usah disoal siapa Syafiq dalam hatiku. Tanyalah siapa Farisya bagiku. Aku hanya mahu menumpang, berteduh di dalam hati abang yang mungkin masih beruang. Kasihani aku, jika untuk menitipkan cintamu tidak mungkin sama sekali. Kusedar diri ini dan maafkan ku kerana memperalatkanmu.

Tuesday, October 02, 2007

NOVEL KABUS SENJA

Sejak KABUS SENJA diterbitkan dan menemui pembaca, aku belum lagi berkesempatan menitipkan apa2 di sini. Kenapa? Entahlah. mungkin kerana sudah terlalu lama aku menunggu terbitkan ia sehingga sudah kurang auranya. Bermula dari MEMORI RINDU. Pelbagai rintangan ditempuhi KEBUS SENJA, sama seperti Norain, watak malang di dalamnya. Norain tidak ubahnya seperti aku di zaman remaja. Sewaktu seusia Norain, aku pemalu sepertinya juga. Pendiam dan sentiasa berasa rendah diri. Aku mula mengarang puisi sewaktu seusianya tetapi tidak berani menampilkan diri. Bila ada puisiku yang diterbitkan di majalah2 dan akhbar2, aku hanya mendengar komen kengkawan. Tidak pernah aku mengakui karya itu milik aku. Kenapa? Kerana aku malu.

Jika ada kengkawan lama yang tersesat di pondok aku ini dan terserempak hidangan ini, pasti mereka terimbau, aku sama seperti Norain. Tapi jangan sangka aku mengahwini guru aku! Punya kekasih seperti Syafik juga tidak. Yang ada cuma cinta monyet yang dipendam sendiri. Hehehe, malu kalau diingatkan. Norain aku sendiri kahwinnya dengan Cikgu Nawawi. Sengaja aku mencipta anak muda bernama Syafik dan memasang jerojak di antara ke tiga watak itu. Sengaja!

Tau tak? Ramai yang bertanya aku, bagaimana aku menjiwai kesemua watak di dalam KABUS SENJA, apakah aku di antara mereka? Jawapannya, aku adalah kesemua mereka. Aku sayang Norain, aku hotmati guru seperti Cikgu Nawawi dan aku gemar sikap bertanggung jawab yang ada pada Syafik. Ke tiga2 rasa itu aku garap menjadi sebuah novel cinta remaja yang sesuai dibaca bukan sahaja remaja seusia Norain dan Syafik tetapi juga para guru yang mendidik anak bangsa dengan penuh tanggung jawab. Citra ini turut aku hadiahkan kepada bekas guru2ku. Tanpa anda semua Ramlah Rashid, tidak akan berada di sini.

Aku didatangi 3 orang pembaca setia novel2ku. Kata mereka, mereka paling gemar penghujung KABUS SENJA. Aku tanya kenapa? Kata mereka sebab suspen. Suspen ke? Tanya aku lagi.
Kata seorang dari mereka, ha, nak tahu sangat Norain sebenarnya mahu memilih siapa? Cinta monyetnya di zaman remaja yang mekar kembali selepas dia bergelar isteri atau terus setia pada suaminya yang sengaja diciptakan rasa cinta. Aku tanya mereka, mereka lebih suka Norain memilih siapa? masing2 buntu.

Untuk itu, aku syorkan kengkawan lain, jika membaca NOVEL KABUS SENJA, sila habiskan ke hujungnya dan hubungi aku di sesawang ini. Tolong beri komen tentang pilihan peribadi anda. Apakah Norain harus memilih Cikgu Nawawi atau Syafik?