KABUS SENJA LAGI
Norain teringin benar bahagia bersama sebuah keluarga yang lengkap. Yang mana di dalamnya, ada ayah, ibu, abang juga kakak. kalau boleh datuk dan nenek juga. Dalam impiannya, dia disayangi dan menyayangi seperti wanita lain. Tidak sepi seperti yang dilaluinya selama waktu meniti alam kanak2 dan remaja. Oleh itu, dia tidak kesal mengorbankan cintanya pada Syafik demi Farisya. Di sisi Cikgu Nawawi, dia berusaha memadam nostalgia silam. Konon bahagia tetapi tidak siapa tahu, hatinya sentiasa dilukai. Lagi dan lagi. Suami yang diharapkan menjadi tempat berpaut dan berlindung, akhirnya merupakan kawah berapi. Membakar penghidupannya.
Syafik muncul sewaktu dia perlukan dahan yang baru selepas rumah tangganya dilanda badai. Namun bayangan Cikgu Nawawi dan Farisha sentiasa menemaninya, menjadi bebayang yang melukakan. Norain pasrah. Andainya dibuang, ralalah dia. Namun dia tidak rela bergelar ibu tungga seperti arwah ibunya. Dia tidak bersedia memberitahu anaknya, di mana ayahnya dan kenapa dia ditinggalkan? Pun begitu, Norain juga tidak sanggup membiar maruah orang tuanya diinjak2 sedang jasat ke duanya sudah lama dimamah bumi. Kenangan silam yang amat pedih biar dia sendiri mengkuburkannya, tidak sanggup ada yang menggalinya semula. Hidup bergelar anak penagih dan mengedar dadah, terlalu pahit untuk ditelan. Demi melupakannya, bukan sesuatu yang mudah. Kerana itu, apabila suami sendiri meragui kisah silamnya, dia amat terluka. Terluka sangat2.........
2 Comments:
Seronoknya dapat tulis novel. Saya sudah hilang sentuhan bahasa untuk novel.
Menulis pun zaman muda-muda dulu.
By
Pegawai Khalwat, at 7:42 PM
ha? pegawai khalwat? murninya....
akak pun bukan muda lagi, dah berusia begini,sepatutnya kita boleh menulis dgn lebih baik. lebih sentuhan dan lebih sensitif. sebab...? banyak pengalaman.... jom, kita menulis.
By
Rasha_rz, at 3:00 AM
Post a Comment
<< Home