Novel-novel Ramlah Rashid

Sunday, March 26, 2006

Novel Tak Kuduga

Novel ke 3 saya sudah terbit. Judulnya (TAK KUDUGA). Semalam saya buat julung kalinya melihat novel itu. Ianya dipamerkan di rak buku BUKU PRIMA di gerai 2165, di dalam lot Karang Kraf. Ianya dijual dengan harga 18.90. Kira okeylah mampu dibeli pembaca. Ketebalannya 492 m/s.

Apa yang membuat saya bersara ralat & kurang berpuas hati ialah judulnya yang ditukar penerbit. Judul asalnya yang saya beri ialah MENGGAPAI GAPURA KASIH. Maksudnya : CUBA MENCAPAI GERBANG KASIH YANG TINGGI DAN SUKAR. Rasanya judul itu cukup sesuai dengan tema cerita, tapi entahlah. Saya belum lagi menerima sebarang alasan dari pihak editor yang menerbitkan novel saya.

Jika sekiranya editor berunding dgn saya terlebih dahulu dan minta saya menukar judul, mungkin dgn alasan judul itu panjang atau kurang sesuai kerana sukar difahami, saya mungkin akan memikirkan satu judul lain. DESTINASI CINTA atau DESTINASIKU mungkin? Rasanya itu lebih hebat dan lebih menarik serta ada makna yang tersirat dan cukup dalam maksudnya.

Tapi saya terpaksa menerima penukaran ini dengan hati terbuka meski sedikit pahit. Editor dan penerbit labih arif dan lebih berpengalaman. Terima kasih pada semua.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home