Novel-novel Ramlah Rashid

Sunday, March 26, 2006

Novel Tak Kuduga

Novel TAK KUDUGA mengisahkan seorang remaja perempuan lewat belasan tahun melarikan diri dari kampung, Siti Atilia Husna menolak dikahwinkan dengan abang sepupunya. Walau telah dibantah kemahuan orang tuanya tetapi kuasa pemutus di tangan mereka.

Di K.L Siti Atilia terpedaya dengan seorang wanita yang mengaku mahu membantunya tetapi rupa-rupanya dia mahu diperdagangkan menjadi pelacur yg dijual ke luar negara. Siti Atilia nekat melarikan diri sekali lagi. Dalam pelariannya beliau ketemu lelaki yg mengaku mahu membantunya. Siti Atilia diletakkan di sebuah kondominium mewah. Dia tertanya-tanya statusnya di situ, perempuan simpanan atau anak simpanan. Yang pasti, dia harus menjaga maruah dan harga diri.

Setelah segalanya jernih, jenayah pemerdagangan manusia yang memerangkapnya terhapus dengan bantuan Dato' Firzat, Siti Atilia kini bebas menjadi penghidupan. Dia perlu berkerja untuk menyara kehidupan, tapi sukarnya hidup tanpa sesiapa di bandar besar. Dia kembali memerlukan bantuan Dato' Firzat. Terus tinggal di kondo kosong saya, berkerja dengan saya, itu cadangan Dato' Firzat. Terpaksa dia angguk setuju.

Kembali terfikir dia, aku simpanan Dato'? atau anak angkat Dato'? Kalau simpanan, mengapa aku dibiar tanpa diperlakukan selayaknya simpanan. Jika anak, mengapa aku tidak diperkenalkan dengan ahli keluarganya. Ah, peduli semua itu, yang penting, jaga diri, jaga maruah. Tinggal di kondo mewah tetapi aku cuma mengguna 1 bilik. Jadi bayar saja sewa 1 bilik itu.

Bayaran sewa pertamanya mengundang tawa besar Dato' Firzat. "Simpan saja 150 awak itu untuk beli jajan."  
Siti Atilia rasa terhina. 150 nya dianggap kuaci? "Hei Dato', saya tau Dato' kaya, tapi jangan hina wang 150 saya. Ini hasil titik peluh saya berkerja yang halal!".

"Saya tidak menghina 150 awak, tapi saya belum perlukan wang sewaan kondo saya. Nanti kalau saya perlukannya, saya mintak."

Hah! Ego benar si tua ni...

Dugaan demi dugaan lagi dan lagi. memang sukar sendirian di kota besar tetapi Siti Atilia harus pergi, gelaran pelacur dan simpanan hanya menyakitkan roh ibu dan ayahnya.  Dia harus lari lagi, demi maruah dan harga diri.  

Apa berlaku pada Dato' Firzat dan siapa Farami? jom baca novel TAK KUDUGA.  Terbitan BUKU PRIMA. Penulis menyudahkan dengan senyum puas....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home