Novel-novel Ramlah Rashid

Wednesday, December 26, 2007

Novel TAK KUDUGA

Sudah 2 tahun novel TAK KUDUGA menemui pembaca dan peminat novel khasnya. Namun saya masih menerima komen2 dari pembaca. Di antara komen mereka :

1- KENAPA TAJUKNYA SIMPLE SANGAT? SEDANGKAN NOVEL2 SAYA YANG LAIN SEDIKIT BERBUNGA DAN ADA YANG MENGGUNAKAN NAMA WATAK DI DALAM NOVEL.

- Jawab saya mudah je... TAJUK TU, DIBERI OLEH EDITOR. TAJUK ASALNYA : MENGGAPAI GAPURA KASIH. MENURUT EDITOR, TAJUK YANG SAYA BERI AGAK SUKAR DIINGAT DAN DIFAHAMI.

2- KENAPA ENDINGNYA BEGITU?

- Saya tersenyum mendengarnya. (Sebenarnya sudah sering saya dimarah begitu). Saya bertanya semula, bagaimana sepatutnya?

Pembaca membuat imaginasi sendiri, kata mereka ; DATUK FIRZAT TAK BAHAGIA DENGAN ISTERINYA DAN HARAPAN UNTUK PUNYA ANAK SENDIRI LANGSUNG TIDAK ADA. KAN BAIK KALAU SITI ATILIA HUSNA MEMILIH MENGAHWINI DATUK DARI MENERIMA LAMARAN NIK NORMAN FARAMI? KESIAN DATUK.

Cara mereka memberi alasan itu sedikit menyedihkan saya. Seakan mereka cukup mengenali Datuk Firzat.

Apa yang boleh saya katakan? Selain dari tersenyum sumbing dan mengeluh di dalam hati. Kesal? tidak. Turut bersedih? juga tidak. Cuma sedikit terkilan kerana menghampakan peminat novel saya. Tapi apa boleh buat, saya sudah membuat keputusan begitu. Cuma apa yang dapat saya katakan : saya memberi sepenuh hak kepada pembaca untuk membuat ending sendiri di dalam hati masing2. Dan, jika mereka masih mahu saya yang yang menjodohkan 2 watak itu, saya mungkin akan menyambungnya nanti. InsyaAlah....

Friday, December 21, 2007

SINOPSIS NOVEL QASEH, QAISY


Membencimu satu kepastian,
kata ibu benci-membenci tiada akhirnya
dan Allah murka sikap hamba-Nya itu
kucuba menyisihnya, bukan untukmu tapi demi ibu

Aku berjaya jua.
Malang, kau pula mengajarku erti rindu
Kutebas, kuramas cintamu
Namun bagai mencantas dahan yang subur
Semakin dicantas, semakin pula tumbuh tunasnya
Cuba kuajar kembali, hati agar membenci
Malangnya aku menjadi insan pemaaf
Tidak reti berdendam lagi
Yang petah hanya menyebut kasih, sayang dan cinta
Aku marah hatiku yang tewas, yang lemah pada kasihmu

Aku kian nanar
Tembok kebencian gagal kutegakkan
Aku tewas, mungkin jodoh milik kita
Namun... kata cinta marak panas, ibu keras!
Kata ibu, darjat dan keturunan jurang yang dalam
Aku kan lemas dibawa arus perbezaan
Tapi katamu, persetan tanggapan itu,
kepercayaan lapuk lagi kuno.
Kau bantu aku menimbus jurang itu
Kau ajarku mudik, berenang
dan percaya ketentuan-Nya
Katamu juga, aku dilahirkan untukmu
dan engkau didewasakan untukku

Kupasrah akhirnya
Namun sedang kualpa pujuk dan rayumu
senda dan guraumu, ajaran dan nasihatmu
aku tenggelam jua
engkau turut lemas dek permainan golonganmu

Mampukah kita Tengku? Bisikku selalu
Engkau hanya mengangguk pasti.

Monday, December 03, 2007

KABUS SENJA LAGI

Norain teringin benar bahagia bersama sebuah keluarga yang lengkap. Yang mana di dalamnya, ada ayah, ibu, abang juga kakak. kalau boleh datuk dan nenek juga. Dalam impiannya, dia disayangi dan menyayangi seperti wanita lain. Tidak sepi seperti yang dilaluinya selama waktu meniti alam kanak2 dan remaja. Oleh itu, dia tidak kesal mengorbankan cintanya pada Syafik demi Farisya. Di sisi Cikgu Nawawi, dia berusaha memadam nostalgia silam. Konon bahagia tetapi tidak siapa tahu, hatinya sentiasa dilukai. Lagi dan lagi. Suami yang diharapkan menjadi tempat berpaut dan berlindung, akhirnya merupakan kawah berapi. Membakar penghidupannya.

Syafik muncul sewaktu dia perlukan dahan yang baru selepas rumah tangganya dilanda badai. Namun bayangan Cikgu Nawawi dan Farisha sentiasa menemaninya, menjadi bebayang yang melukakan. Norain pasrah. Andainya dibuang, ralalah dia. Namun dia tidak rela bergelar ibu tungga seperti arwah ibunya. Dia tidak bersedia memberitahu anaknya, di mana ayahnya dan kenapa dia ditinggalkan? Pun begitu, Norain juga tidak sanggup membiar maruah orang tuanya diinjak2 sedang jasat ke duanya sudah lama dimamah bumi. Kenangan silam yang amat pedih biar dia sendiri mengkuburkannya, tidak sanggup ada yang menggalinya semula. Hidup bergelar anak penagih dan mengedar dadah, terlalu pahit untuk ditelan. Demi melupakannya, bukan sesuatu yang mudah. Kerana itu, apabila suami sendiri meragui kisah silamnya, dia amat terluka. Terluka sangat2.........