Novel-novel Ramlah Rashid

Thursday, October 04, 2007

SINOPSIS NOVEL KABUS SENJA


Dunia ini terlalu banyak liku dan cabarannya. Aku pernah cuba menafikannya. Bagiku di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kucuba menggumpal kenangan silam, agar tidak terbongkar, tidak berserakan lalu melukakan. Namun benarlah kata orang, yang pahit itu sukar benar untuk ditelan dan sering diintai bukan sahaja musuh yang tampak malah keluarga juga. Sehingga di sana sini orang memperkatakan asal keturunanku. Aku jadi marah, jadi benci, tapi siapalah aku.

Aku tewas lagi antara budi dan jasa, kasih dan cinta serta sayang dan persahabatan. Kucuba berlaku adil, namun aku jua yang kandas, terkorban tragis. Abang, Farisya. Kalian nadi hidupku. Tanpa keduanya, Norain yang ini sudah lama berkubur sepi.

Tapi Syafiq? Tanpamu jua hidupku tidak begini. Pasti terus sepi, terpinggir dan tersingkir. Aku cinta kamu, tapi Farisya lebih berhak. Demi sayangku padanya, aku rela meminggir. Biar hancur jasat ini, demi untuk bertarung mendapatkanmu tidak sama sekali. Kata ibu, hidup ini tidak boleh terlalu berkira. Sesekali, perngorbanan akan menitipkan manis dalam kehidupan. Meskiku tahu engkau sendiri nanar, tidak mungkin engkau berdaya mengkuburkan cinta kita. Tapi percayalah Fiq, aku juga sepertimu. Sakit... pedih.... Tapi aku terpaksa berlaku kejam.

Abang, akan kucuba mengajar hati ini mencintaimu, demi menjauhi Syafiq. Aku tahu semua ini tidak adil bagimu, tapi aku tidak berdaya. Kananku gelap, kiriku berbanat. Di hadapanku pula jalan mati. Mengharung kesemuanya hanya akan melukai lebih banyak jiwa. Aku mungkin akan bahagia, tapi apa guna kebahagiaan jika Farisya berlumuran kekecewaan? Farisya adalah kawah budi bagiku. Aku terpaksa bang, aku dipaksa. Tolong sayangiku seadanya, usah ditanya memori silamku. Usah disoal siapa Syafiq dalam hatiku. Tanyalah siapa Farisya bagiku. Aku hanya mahu menumpang, berteduh di dalam hati abang yang mungkin masih beruang. Kasihani aku, jika untuk menitipkan cintamu tidak mungkin sama sekali. Kusedar diri ini dan maafkan ku kerana memperalatkanmu.

Tuesday, October 02, 2007

NOVEL KABUS SENJA

Sejak KABUS SENJA diterbitkan dan menemui pembaca, aku belum lagi berkesempatan menitipkan apa2 di sini. Kenapa? Entahlah. mungkin kerana sudah terlalu lama aku menunggu terbitkan ia sehingga sudah kurang auranya. Bermula dari MEMORI RINDU. Pelbagai rintangan ditempuhi KEBUS SENJA, sama seperti Norain, watak malang di dalamnya. Norain tidak ubahnya seperti aku di zaman remaja. Sewaktu seusia Norain, aku pemalu sepertinya juga. Pendiam dan sentiasa berasa rendah diri. Aku mula mengarang puisi sewaktu seusianya tetapi tidak berani menampilkan diri. Bila ada puisiku yang diterbitkan di majalah2 dan akhbar2, aku hanya mendengar komen kengkawan. Tidak pernah aku mengakui karya itu milik aku. Kenapa? Kerana aku malu.

Jika ada kengkawan lama yang tersesat di pondok aku ini dan terserempak hidangan ini, pasti mereka terimbau, aku sama seperti Norain. Tapi jangan sangka aku mengahwini guru aku! Punya kekasih seperti Syafik juga tidak. Yang ada cuma cinta monyet yang dipendam sendiri. Hehehe, malu kalau diingatkan. Norain aku sendiri kahwinnya dengan Cikgu Nawawi. Sengaja aku mencipta anak muda bernama Syafik dan memasang jerojak di antara ke tiga watak itu. Sengaja!

Tau tak? Ramai yang bertanya aku, bagaimana aku menjiwai kesemua watak di dalam KABUS SENJA, apakah aku di antara mereka? Jawapannya, aku adalah kesemua mereka. Aku sayang Norain, aku hotmati guru seperti Cikgu Nawawi dan aku gemar sikap bertanggung jawab yang ada pada Syafik. Ke tiga2 rasa itu aku garap menjadi sebuah novel cinta remaja yang sesuai dibaca bukan sahaja remaja seusia Norain dan Syafik tetapi juga para guru yang mendidik anak bangsa dengan penuh tanggung jawab. Citra ini turut aku hadiahkan kepada bekas guru2ku. Tanpa anda semua Ramlah Rashid, tidak akan berada di sini.

Aku didatangi 3 orang pembaca setia novel2ku. Kata mereka, mereka paling gemar penghujung KABUS SENJA. Aku tanya kenapa? Kata mereka sebab suspen. Suspen ke? Tanya aku lagi.
Kata seorang dari mereka, ha, nak tahu sangat Norain sebenarnya mahu memilih siapa? Cinta monyetnya di zaman remaja yang mekar kembali selepas dia bergelar isteri atau terus setia pada suaminya yang sengaja diciptakan rasa cinta. Aku tanya mereka, mereka lebih suka Norain memilih siapa? masing2 buntu.

Untuk itu, aku syorkan kengkawan lain, jika membaca NOVEL KABUS SENJA, sila habiskan ke hujungnya dan hubungi aku di sesawang ini. Tolong beri komen tentang pilihan peribadi anda. Apakah Norain harus memilih Cikgu Nawawi atau Syafik?