Kepuasan dalam berkarya
Jika ditanya berkenaan kepuasan dalam berkarya, aku akan membezakan antara 3 genre yang pernah aku dampingi dan ceburi. Pertama2 dahulu, puisi. Itu di zaman jiwang2,(belasan thn). Beralih pula aku ke genre cerpen. Waktu itu jiwa sudah kurang sensitif (kurang berangan & berhayal). Banyak juga cerpen yang kuhasilkan dan terbit di majalah2. Apa kesannya pada diriku? entah. Hanya seperti air lalu. Mungkin kerana cerpen2 yang kuhasilkan tidaklah segah cerpen2 mereka yang hebat.Yang punya ilmu kepengarangan tinggi dan pengalaman yg banyak. Aku sedar, aku hanya menampirkan apa yang aku rasa, langsung tidak belajar. Pun begitu aku bersyukur.
Tapi seorang rakan penulis menasihatkan aku agar mencuba genre novel pula.Mulanya aku ragu, almaklum kebanyakan novel yang aku baca semuanya novelis yang sudah ada nama. Tapi kucupa juga, demi menyahut cabarannya. Ha, sedar tak sedar, sudah 8 novel aku hasilkan bermula dari terbitan pertama tahun 2005. Rasanya novellah yang benar2 memberi aku kepuasan. Kenapa? Entah ya? Tapi rasanya mungkin kerana novel panjang, jadi memakan masa yang agak lama untuk aku hanyut bersama perasaan. Hahaha... Dapatlah lama sikit senyum, ketawa dan menangis sewaktu mengarang.
Tapi jika ada yang bertanya genre mana lebih mudah, aku rasa novellah jawabnya. Sebab mungkin novel paling mudah untuk mencapai mood berbanding cerpen dan puisi. (Itu pada aku, lain orang lain pendapatnya).
Kenapa? Sebab, puisi tu ringkas, mesti telus dan tepat kepada maksud dan mesti cukup berkesan. Bukan calang2 orang boleh menghasilkan puisi yang baik. Sebabnya? Bukan senang nak menguasai perasaan pembaca dalam hanya tidak sampai selembar kertas. Permainan bahasa kena bijak, emosi pengarang kena samai pada pembaca. Cerpen mudah sedikit dari puisi sebab mempunyai latar tempat yang sedikit luas. Ianya merangkumi tempat dan waktu pencerita bercerita yang jelas.Bestlah sikit. Tapi novel umpama sebuah kehidupan. Kita boleh bercerita sesuka hati, mempermainkan perasaan pembaca. Ha, itu yang bestnya.
Tapi akan jadi lebih mendapat kepuasan kepada penulis, apabila karya mereka diterima ramai, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk disempadankan. Dan... yang lebih mengesankan dijiwa penulis (bagi akulah), bila novel kita mendapat pengiktirafan. Menang pula bila disayembarakan. Biar pun hanya sebuah novel yang terhasil, tapi jika mendapat pengiktirafan, tidak seindah penghasilan 12 buah novel setahun. Tapi untuk 'bum' begitu perlu ilmu, bukan sebarang karang sudah berjaya....
Jadinya, penulis macam aku ni, tulis sajalah apa yang aku tahu, yang aku dengar, yang aku nampak dan yang aku rasa. Perlahan2, kumpullah ilmu kepengarangan macam penulis2 besar di tanah air kita sekarang ni. Kalau nak tunggu berilmu seluas lautan baru nak mengarang, pakat tak menulislah pulak. Buntu fikiran tanpa menghasilkan sebarang karya.
Ha.... entahlah, sampai bila penulis akan berpuas hati dan mencapai kepuasan dalam berkarya. Karang lagi, lagi dan lagi, masih ada yang belum diceritakan dan ingin disampaikan.....