Penantian saya untuk novel ke 4 (SARA KIRANA) masih dengan Prima, sudah berhasil. walaupun 3 bulan lewat dari tarikh yang dijanjikan namun saya berasa lega. bukan mudah syarikat penerbitan menyiapkan kerja editing dan memperkemas sesebuah mskrip untuk dijadikan novel yang cukup indah dan berjaya menarik perhatian khalayak pembaca. saya maklum semua itu. kerana itu saya tidak akan melenting seperti sesetengah rakan penulis apabila novel mereka tersasar dari takhir yang sudah dijanjikan untuk menemui pembaca. meski saya baru di bidang ini namun usia saya tidak lah sebaru mana... sudah sedikit matang.
berbalik kepada penerbitan novel SARA KIRANA. tebalnya hampir mencecah 450m/s. berkisar tentang wanita yang bercita-cita mahu menjadi novelis tetapi tidak ada ilmu kepengarangan. di situ, idea saya ceduk sendiri dari diri sendiri. tersenyum saya sewaktu menggarapnya. ramai tidak mengetahui bahawa novelis juga perlu ilmu, bukan hanya cukup kelebihan semula jadi untuk berimeginasi dan kreativiti semata2. ilham juga tidak datang dengan hanya termenung dan melamun sahaja, ia perlu dicari. cerita juga tidak akan menjadi indah dan dramatik jika hanya pengalaman dan pengetahuan disusun menjadi cerita, imeginasi yang tinggi turut menyumbang. cerita yang dibina perlu ada konflik dan cara penyelesaian yang cukup manis, maka terbentuklah semua cerika yang mampu meninggalkan kesan mendalam di hati pembaca. dan... sikap menciplak karya orang lain juga tidak kurang dilakukan di dalam industri penulisan. usah terlalu percaya karya kita akan selamat dari dirompak. kita juga mudah menemui individu yang bersikap bongkak dan ego konon mereka hebat dan berbakat dengan mudah mereka ini memperlekehkan pendatang baru yang cetek pengalaman dan pengetehuan. itu diantara yang menjadi intipati dalam SARA KIRANA.
selain itu, kajian yang saya lakukan secara rambang, tentang perasaan ramai lelaki kepada kaum wanita. wanita bagaimana menjadi idola mereka untuk diperisterikan. kita menyangka semua lelaki perlukan isteri yang begitu mengambil berat tentang makan minum dan pakaian suami dan golongan itu akan berjaya menambat hati suami. rupa2nya ramai juga lelaki yang mengharapkan isterinya sedikit berpengetahuan, boleh berbincang sesuatu perkara, tidak hanya menurut. kadang2 pendapatnya perlu dibangkang juga. itu yang terjadi pada MAISARAH. Suaminya jemu dan muak dengan layanan seperti baby yang tidak pandai apa2. ZULFAKAR impikan isteri yang bijak, manja, menawan dan bergaya. bangga dia memperkenalkannya kepada rakan2.