Novel-novel Ramlah Rashid

Saturday, September 09, 2006

novel ke tiga - TAK KUDUGA

Hai, assalamualaikum. Beberapa hari lepas saya singgah di kedai buku yang terdapat di HUKM Cheras (UNIKEB). Sedang saya membelek novel terkini Fauziah Ashaari (DURI), saya terdengar seorang pelanggan bertanya kepada jurujual di kaunter berkenaan novel saya (TAK KUDUGA) terbitan Prima. Begini soalannya.

"ADIK, NOVEL TAK KUDUGA KARYA RAMLAH RASHID TAK ADA KE? DAH BERAPA KALI SAYA KE SINI NAK MEMBELINYA TAPI TAK NAMPAK PUN?"

Saya menoleh, turut ingin tahu jawapan jurujual kerana saya turut tertanya2 kenapa novel saya itu sudah tidak kelihatan lewat beberapa bulan ini. Novel2 karya penulis lain terutamanya penulis2 Alaf, banyak bersusun. Satu tajuk sampai hampir 10 buah. Tapi jawapan jurujual itu amat mengejutkan saya. Jawabnya begini.

"O, NOVEL TU? RAMAI YANG TANYA. TAPI MAAFLAH DAH HABIS. HARI TU ALAF CUMA BEKALKAN 3 BUAH SAHAJA. LEPAS TU TAK HANTAR LAGI. DIA BANYAK HANTAR NOVEL2 TERBITAN ALAF 21 SAHAJA."

Aduh, rasa jatuh terduduk semangat saya. Hanya 3 buah untuk kedai sebesar itu? Dan tidak pula ditambah apabila sudah kehabisan. Mustahil ada orang nak sabotaj saya, siapalah saya..... hanya nama kecil di arina pernovelan. Kemunculan saya tidak menggugat penulis mapan yang lain.

Saya cuba mendapatkan angka terdekat penjualan novel saya dari pejabat Prima, PEngurus Editor memberi penyata secara rambang, (maknanya tidak terlalu terperinci dan terkini) Katanya, naskah yg tinggal dalam simpanan : 2740 dari 5000 naskah cetakan.

Dari kiraan rambang itu, saya rasa agak menggalakkan memandangkan ianya baru 6 bulan di pasaran. Jadi saya terfikir, apakah hanya kedai buku milik kopersari UKM itu sahaja yang dihadkan menjualannya? Hanya 3 buah sahaja novel saya? Sedihnya.... Sedangkan kawan2 saya ramai di situ dan ingin mendapatkannya.

Entahlah.

Saya nak tengok novel ke 4 saya nanti (SARA KIRANA) yang akan terbit penghujung bulan 9 ini, apakah begitu juga layanannya?