Novel-novel Ramlah Rashid

Friday, May 05, 2006

Lagi tentang novel Tak Kuduga

Saya menerima respon dari rakan penulis, penulis lama dan berbakat. Sebelum saya berkecimpung searena dengannya, saya memang mengkaguminya dan sering membaca novel2 karya beliau. Nama? Biarlah rahsia dulu. Rakan penulis tidak suka saya menyebutnya, nanti, di lain masa akan saya sebutkan.

Komen beliau - 1): Secara keseluruhan Tak Kuduga menarik, pat paling dia gemar ialah loyer buruk dan kenakalan watak. Katanya dia tidak menyangka saya boleh buat lawak dan loyer buruk, mungkin peringkat usia barang kali. Tapi katanya, tak sangka Siti boleh terima Farami.

Komen 2) : Kenapa tak guna nama komersial macam yang sering digunakan Alaf 21 pada menulis2nya. Katanya lagi, cara itu blh tarik ramai pembaca muda.

KOMEN SAYA : APA ADA PADA NAMA? KAN BAIK KALAU KITA KOMERSIALKAN NAMA YANG AKAN DIPANGGIL DI PADANG MAHSYAR NANTI? KERANA KERJA MENULIS INI JUGA SEBAGAI SATU TANGGUNGJAWAB. KITA TURUT DIPERSOALKAN SEWAKTU KEBANGKITAN SEMULA NANTI. JIKA BURUK MESEJ YANG KITA SAMPAIKAN DAN MENJADI SANTAPAN ROHANI PEMBACA TERUTAMA PEMBACA MUDA, MAKA BURUKLAH BALASAN ALLAH PADA KITA. Walllahualam....