Novel-novel Ramlah Rashid

Sunday, April 02, 2006

Novel TAK KUDUGA

Siti Atilia bingung apakah cintanya pada Datuk Firzat atau pada Nik Norman Farami? Tapi persembahan ke duanya cukup menguja hati. Jika boleh, dia mahu memiliki ke dua-duanya. Kemanjaan Datuk Firzat beserta budi & jasanya membuat, Siti Atilia teringat-ingat dan terjatuh cinta dalam senyap. Meski ditolak berulang kali perasaan itu namun dia seakan tewas.

Pun begitu perhatian yang diberi Nik Norman Farami padanya beserta kenakalan dan ketampanan lelaki itu menggegar jantungnya setiap kali nama itu disebut.

Bagi Datuk Firzat pula, buat julung kalinya dia merasakan cinta itu indah. Setelah lebih separuh abat mengecap hidup sepi tanpa perhatian keluarga dan cinta dari isteri tersayang, Datuk Firzat digugah dengan perhatian Siti Atilia Husna yang seakan mencintainya.

"CINTAKAH SITI PADA SAYA RANI? SAYA SUDAH TUA. TIDAK SETANDING FARAMI."
"AH CINTA ITU KAN BUTA DATUK? SAYA PERCAYA SITI MENCINTAI DATUK, BUKAN FARAMI."
"TAPI MEREKA SERING BERSAMA DAN TAMPAK SEPADAN."
"SAYA PERCAYA, SITI SENGAJA MAHU MEMBUAT DATUK CEMBURU PADANYA. BUKANKAH CEMBURU ITU TANDANYA SAYANG? SITI MAHU MELIHAT SEJAUH MANA SAYANG DATUK PADANYA."
"AH... SAYANG SEKALI, SITI SUDAH MENERIMA LAMARAN FARAMI. SITI AKAN MENJADI MENANTU SAYA."

Bagi Nik Norman Farmai, Siti Atilia Husna merupakan gadis pertama yang berjaya menambat hatinya. Persembahan Siti tidak seperti gadis2 yang pernah dikenalinya sebelum ini. Kini dia percaya dia benar2 sudah jatuh cinta dan mahu mengabadikan cintanya sehingga ke jinjang pelamin. Tapi.......

"FARAMI! DIA PEREMPUAN SIMPANAN PAPA KAU! PEREMPUAN SIMPANAN SAMA NILAINYA DENGAN PELACUR PERINGKAT TINGGI."
"KENAPA YOU LAKUKAN SEMUA INI LIA? APA MUSLIHAT YOU SEBENARNYA?"
"BIJAK SUNGGUH ENGKAU BERSANDIWARA YA? BERSELINDUNG DI SEBALIK KELEMBUTAN DAN KESOPANAN, RUPA2NYA ENGKAU PERGUNAKAN KEDUA MEREKA!"
"JIKA BENAR YOU PELACUR, JOM KE RUMAH AKU, AKU AKAN BAYAR 2 KALI GANDA DARI YANG PERNAH PAPA AKU BAYAR PADA ENGKAU!"

Siti Atilia Husna rasa benar2 terhimpit dan tersepit. Sayangnya bukan sedikit pada anak muda itu dan pada Datuk, tapi dia tidak boleh menerima penghinaan Datin Mariah.

Datin Mariah juga tidak bersalah, setiap wanita yang namanya isteri akan melatah apabila ada wanita lain di dalam kehidupan suaminya.

Habis, siapa bersalah? Siti Atilia Husna yang lemah hatinya dan ingin melihat Datuk Firzar serta isteri bahagia, atau Datuk Firzat yang sepi hidupnya ataupun Nik Norman Farmai yang berasa sakit hati ditipu buah hati sendiri?

DAPATKAN NOVEL TAK KUDUGA SEKARANG. SEGALA JAWAPAN ADA DI DALAM NYA.
Salam sayang dari saya untuk semua. Bye......

0 Comments:

Post a Comment

<< Home