Novel-novel Ramlah Rashid

Saturday, January 06, 2007

SARA KIRANA

ZULFAKAR meninggalkan MAISARAH tanpa sebarang alasan yg tepat. MAISARAH pasrah meski terkapar2 mencari kekurangan diri selain kekurangan yg disedarinya. rasanya dia juga berhak disayangi dan dikasihi seperti wanita bergelar isteri yang lain, tetapi kenapa ZULFAKAR menyisihkannya. MAIRASAH tidak menyesal diberi nasib semalang itu tetapi rasa terhina diceraikan sewaktu tempoh rumah tangganya baru setahun jagung.

MAISARAH tidak lembik, malah bangun menjadi wanita lain. meski masih mengekalkan ciri ketimuran dan keMelayuan namun dia berazam untuk berubah dan membina kejayaan di bidang penulisan. masa berlalu tanpa dia menoleh ke belakang, masa lampau dijadikan tapak mula untuk dia melangkah tabah sementara masa hadapan dijadikan destinasi kejayaan. bertolak dari karyanya dirompak ganas dan berani oleh editor terkenal lagi disegani, MAISARAH terus melangkah. hasilnya karya pertamanya dinobat sebagai novel alaf baru yang mengangkat nama wanita di samping tetap berterima kasih pada kaum adam yang menurutnya menjadi orang penting di belakangnya yang bertanggung jawab di atas kejayaannya.

rupa2nya, sangkaannya panas yang dikecapi seketika akan sampai ke petang namun hujan turun jua sebelum tempoh itu. MAISARAH bungkam lagi. bayangan ZULFAKAR sering menghantui. benci dan rindu berantak terus. kesal dan pasrah berkecamuk menyakitkan. MAISARAH terus membina kekuatan di tembok kewanitaannya yang kian goyah. demi masa depan, dia cuba memadam panggilan 'janda' di dalam untaian kehidupannya. namun bagaimana caranya? dia benci gelaran itu, dia rasa terhina gelaran itu dan dia berasa sedih juga mengenang gelaran itu. melihat kemesraan ZULFAKAR bersama pasangannya yang sering muncul sewaktu dia sedang tersenyum gembira, membuatnya ingin lari jauh & jauh. namun setiap kali kaki dihayun kencang, MAISARAH mudah lelah. di sana sini nama dan bayangan ke dua mereka menghantuinya. kebencian kian bertimbun, dia berusaha mengkubur perasaan itu kerana benci membenci bukan amalannya sejak dahulu.

1 Comments:

Post a Comment

<< Home