Novel-novel Ramlah Rashid

Thursday, October 04, 2007

SINOPSIS NOVEL KABUS SENJA


Dunia ini terlalu banyak liku dan cabarannya. Aku pernah cuba menafikannya. Bagiku di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kucuba menggumpal kenangan silam, agar tidak terbongkar, tidak berserakan lalu melukakan. Namun benarlah kata orang, yang pahit itu sukar benar untuk ditelan dan sering diintai bukan sahaja musuh yang tampak malah keluarga juga. Sehingga di sana sini orang memperkatakan asal keturunanku. Aku jadi marah, jadi benci, tapi siapalah aku.

Aku tewas lagi antara budi dan jasa, kasih dan cinta serta sayang dan persahabatan. Kucuba berlaku adil, namun aku jua yang kandas, terkorban tragis. Abang, Farisya. Kalian nadi hidupku. Tanpa keduanya, Norain yang ini sudah lama berkubur sepi.

Tapi Syafiq? Tanpamu jua hidupku tidak begini. Pasti terus sepi, terpinggir dan tersingkir. Aku cinta kamu, tapi Farisya lebih berhak. Demi sayangku padanya, aku rela meminggir. Biar hancur jasat ini, demi untuk bertarung mendapatkanmu tidak sama sekali. Kata ibu, hidup ini tidak boleh terlalu berkira. Sesekali, perngorbanan akan menitipkan manis dalam kehidupan. Meskiku tahu engkau sendiri nanar, tidak mungkin engkau berdaya mengkuburkan cinta kita. Tapi percayalah Fiq, aku juga sepertimu. Sakit... pedih.... Tapi aku terpaksa berlaku kejam.

Abang, akan kucuba mengajar hati ini mencintaimu, demi menjauhi Syafiq. Aku tahu semua ini tidak adil bagimu, tapi aku tidak berdaya. Kananku gelap, kiriku berbanat. Di hadapanku pula jalan mati. Mengharung kesemuanya hanya akan melukai lebih banyak jiwa. Aku mungkin akan bahagia, tapi apa guna kebahagiaan jika Farisya berlumuran kekecewaan? Farisya adalah kawah budi bagiku. Aku terpaksa bang, aku dipaksa. Tolong sayangiku seadanya, usah ditanya memori silamku. Usah disoal siapa Syafiq dalam hatiku. Tanyalah siapa Farisya bagiku. Aku hanya mahu menumpang, berteduh di dalam hati abang yang mungkin masih beruang. Kasihani aku, jika untuk menitipkan cintamu tidak mungkin sama sekali. Kusedar diri ini dan maafkan ku kerana memperalatkanmu.

2 Comments:

  • bestnye sinopsis cite nih..
    nape xpnh jmp pun novel kabus senja?

    By Blogger Puteri, at 10:07 PM  

  • putri tak pernah jumpa novel KABUS SENJA? ia terbitan Creative Enterprise. terbit bulan 10. novel ke dua di situ.rasanya di kedai2 buku ada, atau putri boleh langgan terus dari creative. Ceh... kak ila promot lah pulak ya? apa2 pun, jom baca KABUS SENJA.And, mesej kak ila selepas tamat baca. okey?

    By Blogger Rasha_rz, at 8:37 PM  

Post a Comment

<< Home